Gambaran Semarak api

Warna bunganya merah terang / oren / merah / kuning dan dedaun hijau terang menjadikannya satu pemandangan yang sangat menakjubkan.

Bunga, daun & buah di Kolkata , Bengal Barat , India.Delonix regia var. flavida adalah, bunga kuning yang jarang terdapat[3]Gambaran dekat daun

Pokok Semarak Api terdapat dalam hutan daun luruh kering Madagascar itu. Secara liar ia terancam, tetapi ia ditanam secara meluas di tempat lain. Selain nilai hiasan, ia juga adalah pokok teduh berguna di kawasan tropika, kerana ia biasanya tumbuh dengan ketinggian sederhana (kebanyakannya 5 meter, tetapi ia boleh mencapai ketinggian maksimum 12 meter) tetapi kembang secara meluas, dan dedaunan yang padat menyediakan teduhan penuh. Di kawasan yang mempunyai musim kering yang jelas, ia menanggalkan daunnya pada musim kemarau, tetapi di kawasan-kawasan lain ia adalah hampir malar hijau. Bunga muncul dalam corymbs sepanjang dan di hujung dahan. Buah berwarna hijau dan lembik ketika muda dan bertukar gelap-coklat dan berkayu.[4]

Bunga (Kibbutz Ginnosar, Israel)Pokok Semarak Api (Universiti Ateneo de Manila).Royal Poinciana (Pulau Mauritius )